Saturday, November 22, 2008

Ke Tempat Pembelaan Keli


Itu hari (penghujung bulan Oktober kalo tak silap) aku, Arie dengan Nizam gi tempat pembelaan keli secara komersil. Kat Batu Belah, Klang. Ada 3 kolam simen kalo tak salah aku. Boleh tahan gak besar kolam dia. Permulaan yang utama bagi aku. Untuk kali ni, aku mengambil pendekatan yang sedikit berbeza berbanding dengan sebelum ni. Kalau sebelum ni, aku akan pergi kursus sebelum aku mulakan sesuatu. Kali ni aku pergi terus ke tempat pembelaanya (bukan sombong tapi cuba sesuatu yang baru).


Kitaorang tak dapat untuk berjumpa dengan tuan kolam tersebut (En. Nazri) sebab ada urusan kat luar. Kami berjumpa dengan pembantu yang menguruskan tempat tersebut (En. Musa). Banyak yang kami belajar dari pertemuan pertama ini. Diaorang berminat untuk membantu kami dari segala segi (macam best je bunyinye!) Membuatkan kami bersemangat untuk memulakannya..


Plan pertama, tempat...setelah perbincangan dengan Arie (member jual air dengan aku kat UiTM Jengka dulu) dibuat, serta atas nasihat dan pandangan En. Nazri, kitaorang plan nak buat belakang rumah aku dulu (tak luas mana pun 20 kaki x 25 kaki lebih kurang). Reserch kami yang pertama. Tapi plan dalam tangki air dulu. Buat pun nanti dalam 1 tangki... Belajar bertatih-tatih :-)


Nak 'cut cost' lah katakan....


Permulaanku



Alhamdulillah...aku dah pun mula projek hujung minggu aku ni (pasang pagar belakang rumah). Letihnyee bukan main. Dapatlah aku tegakkan 3 batang tiang besi siap konkrit kat bawah dia (3 batang je ke?) Maklumlah, lama sangat aku tak kerja buruh macam ni..buat sengsorang la katakan..Barulah aku dapat rase perit jerih pekerja buruh binaan mencari rezeki halal untuk anak bini kan....


Sikit2 aku akan nampak hasil kerja tangan aku ni nanti :-) Pagi besok ari ahad..so, plannye nak mula sambung pepagi. Target musti siap pasang besok!! Syahman Bull..Leh!

Tuesday, November 18, 2008

Permulaan ku

Assalamualaikum...



Hari ni sebenarnya aku teringin sangat nak berkongsi tentang pengalaman aku yang baru bermula dalam bidang perikanan ni. Untuk hari ini, projek ni baru je nak set up. Nak bermula dari modal yang sekecil mungkin. Nak kata kawasan yang aku nak buat ni besar, tak sangat pun (lebih kurang 25kaki x 20 kaki. Belakang rumah je) tapi lebih baik bermula dari teringin nak mula tapi tak bergerak lagi pun. Bak kata rakan Cina aku yang lebih kurang macam ni:



"Kalau u nak buat bisnes, u kena mula. Jangan cakap dan fikir saja. Jangan macam u nak pergi Genting Hingland. U cakap dengan kawan-kawan yang u nak pergi. Tapi u tak bertolak pun. Kalau u bertolak naik basikal atau jalan kaki, u tetap akan sampai walaupun lambat. Kalau u cakap-cakap saja, mesti tarak sampai punya. Bila u sudah gerak, u boleh tumpang lori ka, kereta ka. Lebih cepat sampai maa"



Fikir-fikirkan, aku suka perumpamaan ni :-)